Thursday, January 14, 2010
Bisikan Rasa
Wednesday, January 13, 2010
KOMENTAR CHIKUNGUNYA
Apa Yang Perlu Anda Tahu Pasal Chikungunya.
Mungkin banyak antara kita yang masih kabur mengenai penyakit ini bukan.Pada Secebis Ruang Pujangga akan membicarakan serba sedikit mengenai penyakit ini.Universalnya penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang berkait secara langsung dengan kesihatan awam.
Penyakit ini pada asalnya ditemui di tanzania Afrika pada tahun 1952. “Chikungunya” adalah berasal daripada bahasa Swahili iaitu bermaksud melengkung ke atas.Hal inimerujuk kepada kesakit yang dialami pesakit hingga menyebabkan bahagian badannya melengkung ke atas.
Di Malaysia wabak chikungu dikesan pada tahun 1999.Wabak chikungu waktu itu melibatkan seramai 27 orang.Kesemua mereka adalah pendatang asing.Secara analitikalnya chikungu adalah penyakit yang mirip dan mempunyai simptom yang hampir sama dengan Demam Denggi.Apatah lagi agen penyakit bagi penyakit ini adalah vektor nyamuk samada Aedes Aegypti mahupun Aedes Albopictus.
Selain itu,apa yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini adalah tidak mempunyai sebarang rawatan khusus.Rawatan adalah berbentuk simptomatik iaitu bersifat sokongan yang melegakan gejala-gejala sedia ada.
Sehubungan itu,berwaspadalah…yakini usaha kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.Bekerjasama membentuk warga 1 Malaysia melalui penjagaan kebersihan dan pencegahan yang mapan dan jitu.Cegahlah penyakit ini melalui usaha tidur menggunakan kelambu,memakai baju panjang lengan dan berseluar terutama waktu puncak vektor nyamuk berterbangan ( awal pagi hingga senja),memakai racun nyamuk dan sebagainya yang dirasakan perlu……..semoga usaha kita menuju ke tahun 2020 turut mencakupi kejayaan dalam aspek kesihatan rakyat yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
Monday, January 11, 2010
Kesedaran
Mengimbas kembali tragedi malam khamis ( 07.01.2010) ,cukup memberi saya satu kesedaran bahawa betapa tinggiNya kasih Allah terhadap kita.Saya pergi ke masjid untuk menunaikan solat Isya.Sewaktu menunggu masuknya waktu Isya ,saya dipanggil jemaah untuk menikmati hidangan goreng pisang.
Rasa seronok juga bersama jemaah berbicara serba sedikit soal Islam.Sesudah habis waktu saya terus meninggalkan masjid menuju ke stesen minyak.Tak sangka telefon bimbit sudah tidak berada di kocek seluar saya.Dua kali saya melalui kembali jalan yang telah saya lintas sepanjang menuju ke stesen minyak.Alhamdulillah betullah terkaan saya ,dingin hati saya terhadap keadaan ini. Rupa-rupanya telefon bimbit saya ada pada imam masjid.Susah nak cari orang yang jujur sebegitu,semoga Allah membalas jasanya.Namun apa yang saya ingin utarakan kasih Allah tehadap kita.Di saat kita memerlukanNya ia akan sentiasa hadir.Mungkin kita perlu mengambil contoh dalam satu situasi.Seorang doktor berjaya menyelamatkan pesakit.Keluarga pesakit mengucapkan terima kasih banyak kerana doktor berjaya menyelamatkan anggota keluarganya.Namun dia lupa bahawa yang menyelamatkan keluarganya itu adalah Allah Yang Maha Esa.
Konklusinya,sedar tak sedar banyak kondisi yang sememangnya kita terlepas pandang betapa banyak hikmah dan pertolongan Allah telah berikan terhadap kita…Apa yang kita lakukan untuk mengingatinya???? Fikirkanlah dimana letaknya kita…..adakah kita sentiasa bersyukur…atau bertambah lebih bongkak lagi……..