Saturday, May 25, 2013

Alhamdulillah kelmarin pergi Lahad Datu,walaupun penat tapi sekurang-kurangnya dapat juga beli keperluan harian dan jalan sama2 dinda dan Muhammad Ammar.Macam gembira pula dia pakai roda2nya ni..hhehhhe

Friday, May 24, 2013

huhuhu letih juga otak kemas segala dokumen dan fail..anakku si Ammar dijaga oleh Nairah,c gadi comel anak buahku yang rajin bercakap.Ada-ada ja yang dicerita olehnya..hehhe...erm plan hari ni....ermm tengah fikir lagi harap-harap hari ini lebih indah dari kelmarin.insyaAllah...

Thursday, May 23, 2013

alhamdulillah segalanya berjalan lancar semasa melaksanakan aktiviti kawalan.dah nak masuk jam 4 kini....tak sabar balik rumah nak lihat anakku sayang Muhammad Ammar....rindu ayah sama kamu..usia dah cecah 3 bulan sudah.Alhamdulillah,semoga menjadi anak soleh dan bertakwa Amin.

Tuesday, May 21, 2013

Meniti Fana Duniawi ( Has D Pujangga )

Penitian Fana Duniawi Sering dilambung ombak di lautan…. Ya Tuhan kasihmu tak pernah sirna… Jernih berkaca air laut yang dimamah mentari Seluas ilmu kurniaanMu Tak bisa dicedok sepanjang pelayaran ini… Semakin jauh ku hayati semakin dalam cintaku….. Penitian Fana Duniawi Takkan mungkin dipisah dari ukhrawi… Ya Tuhan AgungMu membuka semua kuang dan kelopak pancaindera…. Dataran dipijak dan didada langit awan yang bergumpal Menyampaikan salam rezeki dariMu Pasti jua,kuntuman kagum agungMu menciptakan langit tak bertiang Menjadi inspirasi tiang agama solat 5 waktu Penitian Fana Duniawi Sepantas mana minda menafsir Bila dataran ditakluk Jelajah yang lupa kekuasaanNya Rasailah Pawana yang mengendong udara Memberi kesempatan untuk bisa merasa nikmat dunia Dalam tiap hela nafas…..dalam detik jantung yang berdegup Moga permata itu bisa di pahat di lubuk sanubari… Sebagai sumber menjana amal dan takwa Penitian Fana Duniawi Alpa sering merajai jiwa… Habis punah anggota dipelana… Diperkotak-katik membuat durjana… Bila senja mula dirasa masa kubur katakan tiba…. Namun sesalan tiada berguna…. Kerna masa takkan mungkin berubah paksinya…… Penitian Fana Duniawi Mengulum rindu pada syurgawi Di batas puncak kesedaran Untuk merangkum seribu penyesalan Untuk membait amal di taman iman Sebagai bekalan bertemuMu Tuhan.
ermm berbicara perubahan masa dan peredaran dunia,setiap ceruk kehidupan dan gaya hidup kian berubah..setiap hari yang menjadikan kita supaya lebih berfikir secara kritis dan kreatif....erm apapun semuanya ini ada hikmahnya.Tiada suatupun yang berlaku di dunia ini melainkan semuanya menguji sejauhman iman dan takwa kita....kesimpulannya bersemangatlah hari ini dan hari esok!!!!
Syukur alhamdulillah,kini kita dapat bernafas lagi..dan rasa ini semakin lama semakin menebal.....hari ini daku bisa merasa bahagia di samping isteri tercinta dan anakku Muhammad Ammar bin Haslan.....daku mengharapkan perjalanan ini sentiasa diredhaiNya.Semoga Ammar menjadi seorang anak yang beriman dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.InsyaAllah. Lain cerita lama sungguh blog ini menyepi...ingin daku rangkumkan hari-hari mendatang yang penuh liku cabaran dalam bingkisan wahana ini....semoga menjadi iltizam yang akan berpusat pada jari jemari yang hauskan keredhaanNya.......... sayang daku gembira akan hadirnya cahaya mata kita kerna inilah yang menjadi lambang cinta kita semoga ini akan menjadi pengukir bahagia menambah rasa takwa kita akan agung ciptaanNya akan kasih ibu bapa kita akan rasa erti hidup kita dan akan rasa yang akan mendatang untuk kita cipta satu jalan mendapat redhaNya...... has d pujangga