Friday, July 16, 2010

Bicara Pujangga ( Isu Hangat ,Petikan Akhbar )





Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam bidang pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Kesan ketoksikan akut akibat pendedahan terhadap melamine secara langsung adalah seperti mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Manakala kesan ketoksikan kronik yang diakibatkan oleh pengambilan melamine boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.


Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 apabila melamine dikesan di dalam makanan melebihi action level yang ditetapkan KKM dan mana-mana pihak yang terlibat di dalam rantaian makanan yang mengandungi melamine melebihi action level yang ditetapkan tersebut jika bersabit kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.


KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yang masuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.


Petikan Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia

( DATO’ SRI LIOW TIONG LAI,MENTERI KESIHATAN MALAYSIA )

Thursday, July 15, 2010

Bicara Sejenak Pujangga ( Salah Tafsir )






Di sebalik helaian bicara kali ini adalah berkisar mengenai " JANGAN SALAH MENAFSIR SESEORANG DARI PANDANGAN PERTAMA ".Hal ini bukan asing lagi kekadang menarik perhatian pandangan mata individu bahkan dalam makalah-makalah yang terdapat di pasaran.Sesuatu yang pernah dialami pada diri kita tidak mungkin begitu mudah dilupakan.Namun apa yang ingin diutarakan dalam sejenak bicara pujangga adalah terbahagi kepada 2 elemen penting iaitu jangan salah tafsir dan maaf-memaafilah

apa yang menyebabkan seseorang menyalahtafsirkan mengenai individu lain????

a) cara pakaian
b) raut wajah
c) salah faham (insiden atau peristiwa)


Oleh yang demikian saya ingin berbicara serba sedikit mengenai hal ini.Sesungguhnya berprasangka buruk itu adalah sifat syaitan.Mengapa kita harus berprasangka buruk? janganlah kita meletakkan diri kita terlalu hina hingga boleh menghakimi setiap perkara dan kejadian.Adakah perilaku ini memberi kepuasan yang hebat buat kita.

Memahami satu senario dimana kita menganggap hina seseorang yang membeli barang,mendapatkan perkhidmatan atau makanan di premis kita hanya berladaskan pakaian yang digunakan.Sememangnya diakui kita haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersih.Namun bersih itu tidak cukup hanya pada luaran.Jangan sekali kita menghakimi seseorang itu adalah pengemis berdasarkan pakaiannya.Mungkin jua dia berpakaian sedemikian kerna baharu sahaja lepas bekerja atau mengalami kecelakaan.Sungguh menyedihkan andai kita terus memberi pendapat dan menjejaskan mutu kerja dan komunikasi 2 hala kita ketika itu.

Yakinilah kita adalah daripada tanah.Makhluk yang dicipta Tuhan yang satu dan adalah sama sahaja.Perbuatan menyombong diri langsung tiada faedah,ketika kita menemui Illahi atau terbujur kaku di pembaringan....setiap nafas yang hanya tunggu berhenti....fikirkanlah adakah mereka disekeliling kita yang pernah kita lukai akan mahu menemui kita...kalau ada alhamdulillah,,,kalau tiada alhamdulillah kerna itulah pengajaran.


Beralih kepada riak wajah yang merupakan antara faktor seseorang disalahtafsirkan.Memang benar fakta ada menyatakan seseorang itu yang berwajah manis adalah baik dan yang berwajah muram itu buruk.Fikir-fikirkanlah...betulkah???? bagaimana jika seseorang itu memang ditakdirkan mukanya tak hensem atau susah nak senyum atau mungkin jua boleh senyum tapi raut muka masih menunjuk keseriusan.Berpada-padalah jangan terus menganggap golongan ini sombong.Kita bukannya malaikat atau tuhan yang mampu lihat walau di perut bumi mahupun di cakerawala nun disana.Petikan kata tokoh Inggeris ada mengatakan 'melukai seseorang amat mudah menyembuhkannya amatlah payah'.Hal ini juga boleh ditafsirkan sekilas ikan di air tidak tahu kita jantan betinanya.

akan bersambung....

Bicara Pujangga ( Isu Hangat )





Pemanduan Berhemah ubah persepsi negatif

Seutas benang berlingkar panjang,
Menjadi sulaman kain yang koyak
Mengapa mat motor negatif dipandang
Hingga dilabel memberi jelak


Saudara pengarang,

Berhubung isu ini apa yang ingin saya ketengahkan adalah tanggapan dan persepsi negatif terhadap golongan yang menunggang motorsikal.Acapkali golongan ini dicop sebagai mat rempit,kaki pulas dan bermacam-macam lagi yang membingitkan telinga.Melewati itu afdalnya berhemah ditakrifkan sebagai tingkahlaku yang berlandaskan prinsip undang-undang

Natijahnya memang ada benarnya golongan bermotor yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral,melanggar undang-undang dan membahayakan pengguna jalan raya lain.Namun apa yang dikesali golongan yang berhemah turut merasakan tempiasnya.Hal ini samalah kebenarannya dengan ‘kerna nila setitik rosak susu belanga’.Dalam sesuatu isu sememangnya ada pro dan kontra.Oleh sebab itu keadaan ini seharusnya di perhalusi dan mendapat kerjasama semua pihak.

Berlandaskan pengalaman,penelitian dan pembacaan saya terhadap ruang-ruang sembang di laman internat.Isu ini memang tidak asing lagi.Apatah lagi kadang-kadang mat motor yang berpakaian lengkap turut digelar rempit,bukan sahaja orang dewasa malahan kanak-kanak juga berfikiran sedemikian.Terdapat senario yang mungkin kita sedari atau tidak seperti berikut. ”syuihh jangan bising anak tengok tu si kaki rempit kat sebelah kita ni”kata si bapa kepada anak.Keadaan ini berlaku ketika menunggu traffic light berwarna hijau.Alangkah sedihnya si penunggang motor yang sememangnya berdisiplin di jalan raya.Lebih-lebih lagi suara didengari kerna cermin si pemandu kereta terkuak luas.Disini kita boleh lihat mungkin sekadar bercanda ataupun serius,tapi percayalah impaknya terhadap generasi muda.Minda mereka telah terasuh dan memberi tafsiran mat motor sebagai kaki rempit.

Tambahan pula,amat mendukacitakan terdapat segelintir orang yang berkereta bersikap prejudis terhadap mat motor.Berdasarkan pengalaman lepas saya tidak terkecuali hampir dilanggar kereta.Hal ini berlaku kerna saya memintas sebuah kenderaan dari arah yang sama.Kenderaan tersebut bergerak perlahan.Adakah salah memintas hingga kereta tersebut menambah pecutannya ketika saya memintas.Malahan bucu hadapan kereta seakan dipacu kehadapan motorsikal.Hampir-hampir saya menjunam ke semak samun.Saya perlahankan motor dan membiarkannya pergi untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham.Sungguh mendukacitakan pemandu kenderaan sebegini tidak berhemah dan menghormati penunggang motorsikal.

Bersyukur kita kepada pihak berkuasa yang melakukan pantauan.Diharap keadaan ini akan menepis persepsi negatif terhadap penunggang motorsikal.Sesungguhnya ada juga golongan kaki motor yang banyak terlibat dengan kesalahan trafik.Golongan ini salah satu faktor domain yang menyumbang kepada tafsiran negatif masyarakat terhadap mat motor yang berhemah.

Tambahan pula,pada rigid yang lain keadaan ini turut disumbang sikap kurang prihatin segelintir ibu bapa yang bersikap acuh tak acuh terhadap anak-anak mereka.Adakah mempunyai lesen atau memakai helmet atau tidak dan sebagainya tidak dipedulikan.Lebih-lebih lagi aktiviti luar mereka tidak dipantau.Implikasinya memberi kesukaran terhadap anak mereka sendiri jika ditahan pihak penguatkuasa.Apatah lagi turut membebankan golongan berkenderaan seperti kereta jika dilanggar motorsikal.Kereta kemik ,penunggang motor cedera.Apabila disiasat penuggang motor salah tidak lihat kanan kiri,tak pasang signal,tak pakai helmet dan tiada lesen memandu.Mungkin jua atas dasar kasihan pemandu kenderaan tidak mengenakan sebarang gantirugi terhadap penunggang motorsikal.Namun natijahnya kesukaran kita dapat lihat lebih berat ke atas pemandu kenderaan tersebut.

Oleh yang demikian,sesungguhnya golongan mat motor,yang berkereta dan masyarakat haruslah lebih dinamik,rasional dan berhemah dalam mentafsir dan melakukan suatu perkara.Semoga diharap golongan mat motor tidak dipandang negatif secara total kerna mereka jua insan yang ingin dihormati sebagaimana pengguna jalan raya yang lain.insyaAllah.


* Petikan surat has d pujangga untuk ruangan majalah...harap2 disiarkan.amin ~~~has d pujangga

Wednesday, July 14, 2010

Beda Kawan dan Sahabat

Apa itu kawan
adakah tempat kita buat aduan awam
sudah pasti bukan
kerna dengannya kita jarang bersembang
hanya kenal nama

Apa itu sahabat
sudah pasti ada sama luahan
kerna sudah lama berkawan
sudah tahu lebih dan kurang
mungkin pernah jua bertandang
bila raya menjelang

Apa itu kawan
mungkin ia tidak bisa jadi teman
untuk kita berkongsi luahan
di sepanjang jalan kenangan

Apa iu sahabat
mungkin sahabat bisa menguntum cinta
atas dasar agama jika statusnya berlainan jantina
mungkin jua bisa mengutus saudara
seperti keluarga jua.

Apa itu kawan
andai dia bisa melawan
tanpa hiraukan perasaan
lagi teruk tikam belakang
tahu-tahunya lempar batu sembunyi tangan
akhirnya kita tersembam
rasa malu terus bertandang
punya kawan seakan syaitan.

akan bersambung..............


* definisi kawan dan sahabat,,,dari kaca mata penulis...fikir-fikirkanlah,,,terpulang kepada anda membezakan sahabat dan jua kawan.....

~~~~Has D Pujanggga

Bicara Sejenak Pujangga



Apakah pengisian andai tiada ketelusan hati,sesungguhnya bersyukurlah kita kerna tiap sesuatu itu adalah platform menguji sejauhmana kita mensyukuri nikmatnya.Sering kita menghayun langkah tanpa berfikir mana hala tuju kita???apakah manfaatnya???apa kepentingan...dan sedalam mana kesannya.

Kita sering leka bukan....semoga tiap perjalanan ini sering mengingatiNya saban waktu hingga bercerai nyawa dari jasad.Berdoalah...berusahalah dan ingatlah sesuatu yang kita perolehi dari kemenangan yang kita perolehi adalah satu ujian ,,,adalah satu ruang lingkup mandiri supaya kekal teguh seperti karang....dan seperti pawana yang akan membelai sekelilingnya.

Modenisasi yang kian melanda kini telah banyak memberi dimensi yang berbagai rencah kekadang memberi manis,,,kadang memberi pahit.Sejauhmana persediaan kita memberi perlindungan diri...perlindungan keluarga dan sahabat handai kita.Bicara ini bukannya bersandarkan kepada konsep aktivis dan anti moderen.Natijahnya kini kedewasaan modenisasi memberi impak terhadap institusi keluarga,,,corak hidup belia dan status moral yang tandus dan bobrok.Mengapa semua ini terjadi ???kita kembali kepada asal usul kita ....1.siapa kita??? 2.Berapa kerap kita membuka helaian kitab suci kita 3.adakah gadget terus melalai kita???? fikir-fikirlah termasuk saya jua,,,

Dikesali...ditangisi mungkin jua ada yang menyendiri dan ada jua yang tuding jari...bila suatu kemelut sudah terlihat di media mahupun realiti pandangan mata.Marilah kita suburkan kemodenan dengan sifat takwa dan menitikberatkan titipan agama pada diri kita dan anak-anak kita.Sayangilah Islam..agama suci dan mulia.Tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Renung-renungkanlah............................

~~~Has D Pujangga