Friday, July 16, 2010

Bicara Pujangga ( Isu Hangat ,Petikan Akhbar )





Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam bidang pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Kesan ketoksikan akut akibat pendedahan terhadap melamine secara langsung adalah seperti mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Manakala kesan ketoksikan kronik yang diakibatkan oleh pengambilan melamine boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.


Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 apabila melamine dikesan di dalam makanan melebihi action level yang ditetapkan KKM dan mana-mana pihak yang terlibat di dalam rantaian makanan yang mengandungi melamine melebihi action level yang ditetapkan tersebut jika bersabit kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.


KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yang masuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.


Petikan Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia

( DATO’ SRI LIOW TIONG LAI,MENTERI KESIHATAN MALAYSIA )

No comments:

Post a Comment