Saturday, May 22, 2010

Coretan Hamba Kerdil




Aku insan yang berjalan di bumiMu
Aku kerdil dalam menyusuri hari-hari kedewasaan
Kekadang ku temu insan yang mudah menyakiti sesama saudara
Apakah mereka ini tidak pernah berfikir
Apa itu erti kesakitan dan sopan santun

Bagai nak ku terbangkan kata-kata sepedih cuka
Namun ku tahu bahawa ku tak layak begitu
Kerna aku amat menyayangiMu
Aku bukan dicipta untuk mencerca

Ya Khalikku…Engkaulah yang satu tempat ku mendamba
Keampunan,perlindungan dan kekuatan
Aku ingin menolak kolek ini hingga ke muara
Berikanlah aku kejayaan
Untuk ku isi hari-hari muka
Dengan ketakwaan dan benih-benih kebahagiaan

Ya Khalikku…janganlah ada kedukaan dalam hidupku
Hindarkanlah aku dari manusia durjana mahupun sengketa
Hindarkanlah aku dari pujukan syaitan laknatullah
Kerna itu bisa menjerumus diri ini kebinasaan
Amin Ya Rabbal Alamin…..

Oleh: Has D Pujangga