Thursday, October 22, 2009

Bicara Pujangga

Hari ni seperti biasa.....cuma rasa luar biasa...yele banyak btl dugaan sejak belakangan ni.....saya rasa ni satu langkah mula saya untuk lebih berani menghadapi cabaran....satu lagi wahai pembaca sekalian...ingatlah kita akan tali persaudaraan kerana ia takkan putus....cuba atasi malu kita....tegurlah mereka...siapa kita tanpa mereka disisi....hmmm......berbicara soal pelupa....ya mmg betul ada antara kita ada sedikit pelupa...jangan salahkan mereka....mungkin mereka menghadapi masalah...apa yang penting cubalah kita atasi sifat lupa ni...keraplah zikrullah...InsyaAllah hal ini akan dapat diatasi
....amin

Tuesday, October 20, 2009

Diam

Diam,
bukan bermakna bisu
cuma kerna berfikir sesuatu
yang pastinya

Diam,
bukan bermakna sombong
cuma menjaga tingkah dari terlanjur kata
untuk mengelak sengketa

Diam,
bukan bermakna bodoh
tapi cuba membina motivasi
untuk melayari hari

Diam,
bukan bermakna hilang
tapi cuma kehadiran tak nyata
cuma menanti untuk kembali ada...
pastinya

Oleh; Pujangga

Kembaraku Meneroka Rimba


Kembaraku meneroka rimba,
terdengar unggas menyanyi riang
kocak air tak berenggang nyata mesra
dan deru angin yang mengutus salam
pada hamparan satu keindahan

Kembaraku meneroka rimba,
teruja rasa lihat indahnya wajah
solekan tanpa kepalsuan
lahir semulajadi ciptaan yang Esa
itulah dia senyumannya

Kembaraku meneroka rimba,
menghanyut tiap gelisah jiwa
ku rasa lebih dekat padaNya
untuk mencipta satu irama
yang tak bisa diungkap kata
pada satu noktah tulus

Kembaraku meneroka rimba
janganlah ia diperkosa
oleh si insan yang tandus
keimanan dan kesedaran
kerna disini mula satu erti
yang akan dikenang nanti

Oleh: Pujangga

Monday, October 19, 2009

Semangat

Hari ini,
Ku depani insan,
ku bicara penuh sopan
untuk mendapat satu pengertian mereka

Hari ini,
ku depani insan
ku ajukan soalan
agar mereka sedar
apa itu hubungan

Hari ini,
Ku depani insan
walau jiwa memberontak malu pada pangkalnya
namun ku gagah anggota
tak peduli kata hati
ku jadikan minda itu raja
untuk ku capai hasrat hati

Hari ini,
ku depani insan
rupanya ku sedar
kami serupa walau berbeda kerja
namun sifat insaniah masih menyubur

Hari ini,
Ku sedar apa itu semangat
rupanya ia harus senantiasa hangat
menghangat sejuk jalanku
untuk membaluti mereka
yang perlu dokongan
melayari hidup dengan keamanan

Oleh: Pujangga