Wednesday, February 3, 2010

Luahan Bicara Pujangga

Dah beberapa episod saya meninggalkan jurnal blog ini,mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan seharian.Walauapapun terasa rindu untuk ku tekan punat madah pada ruangan ini.Sememangnya rasa rindu ini telah lama membungkam dalam sanubari.

Tiada bertepian walau telah berlalu dalam lembaran hidup.Rasa untuk berpuisi dan keinginan yang membentak terhadap rungkaian tiap persoalan mengheret saya supaya rasa berani melayari karenah puitis saya.Renungi ungkapan saya seperti berikut:

Bahasa Melayu bahasa kita
Bahasa kebangsaan lama tercipta
pendita zaba jua sasterawan negara
memperjuang negara untuk Malaysia

Saranan pemimpin memperjuang bahasa
harus dijadi sandaran utama
untuk memperkenal Malaysia
di mata dunia
sebagai bangsa perjuang bahasa

Rakyat Malaysia berbilang bangsa
pelbagai adat jua budaya
harus disedari di kotak minda
Bahasa Melayu memperkukuh kita

Sastera lama sumber berharga
menjadi simbolik identiti bangsa
harus dijadi rujukan semua
sebagai panduan memperkaya bahasa



( InsyaAllah akan saya perhalusi lagi madah ini untuk ditambah )....

Oleh: Pujangga