Kala subuh tika punat mengenggam salam
daku layarkan kata-kata pemecah suasana
harap dapat bertanya sana
namun semua musnah
tika dikau menghambur kata
yang amat pedih untuk diterima
oleh seorang insan yang kenal lama
tika kita di bangku sekolah
waktu menuntut sekolah menengah
Ku sangka angin bertiup damai
rupanya taufan meniup tebal
ku sangka kawan adalah teman
rupanya langsung tiada dalam senarai
cuma herotan bibirmu menikam tajam
walau di maya ku rasa nak pitam
dikau hamburkan tak kenal kawan
Mungkin dikau istilah siswi
kerna berjaya di menara gading
mungkin itu tiketmu sombong
memandang rendah insan disini
percayalah dikau suatu hari
akan sedar kenali diri
kita tak mungkin selama disini
akan kembali pada Illahi
Terima kasih atas perkenalan
yang dikau tak akui walaupun sekadar kawan
dikau mungkin anggap ku hina binatang
aku diam kaku disini
walau ku tak salah hakikat realiti
ku mohon maaf di saat ini
ku akan melangkah pergi untuk dikau sedari
tiada istilah namaku untuk mu lagi.........
: terima kasih...........selamat tinggal
: has d pujangga
Saturday, July 24, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Bicara Pujangga ( Isu Hangat ,Petikan CDC :Neonatal Tetanus )

NEONATAL TETANUS
Merupakan penyakit dalam kategori penyakit berjangkit.Penyakit ini boleh dielakkan jika ibu hamil dapat imunisasi anti toksoid tetanus.Ada dua punca yang menyebabkan keadaan ini iaitu penggunaan barang yang tidak disteril semasa memotong tali pusat.Namun keadaan ini jarang berlaku dalam sebuah negara membangun,apatah lagi jika kemudahan kesihatannya adalah dalam takuk yang terbaik.Sungguhpun begitu punca domain keadaan ini adalah terdapat ibu mengandung yang tidak mengambil imunisasianti toksoid tetanus.
( akan bersambung.....)
Tapak Kedua Bertapak Pejuang
Hari ini lembaran baru yang disingkap kelmarin
dalam jurnal mahupun kamus kehidupan
dimana letak sinar itu
ada padanya cuma menuntutdaku
daku jangan mengira waktu dan tenaga
Hari ini aku melangkah dalam dakapan sebuah daerah
yang dicipta yang Maha Esa
untuk daku layarkan bakti
pada lorong-lorong insaniah
moga ada secerah mentari pagi
dan lambaian gunung tersergam di balik pulau sana
Hari ini daku sebagai seorang pengembara
di tanah ciptaanNya
Daku tak tahu apa di depan
namun ku sedia mengharung
kerna itu lumrah kehidupan
untuk seorang insan
dalam mendakap iman
yang tiada berkesudahan...................
Amin Ya Rabbal Alamin
:- has d pujangga menjengah daerah semporna..........semoga perjalananNya sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT......
Subscribe to:
Posts (Atom)