Thursday, July 15, 2010

Bicara Pujangga ( Isu Hangat )





Pemanduan Berhemah ubah persepsi negatif

Seutas benang berlingkar panjang,
Menjadi sulaman kain yang koyak
Mengapa mat motor negatif dipandang
Hingga dilabel memberi jelak


Saudara pengarang,

Berhubung isu ini apa yang ingin saya ketengahkan adalah tanggapan dan persepsi negatif terhadap golongan yang menunggang motorsikal.Acapkali golongan ini dicop sebagai mat rempit,kaki pulas dan bermacam-macam lagi yang membingitkan telinga.Melewati itu afdalnya berhemah ditakrifkan sebagai tingkahlaku yang berlandaskan prinsip undang-undang

Natijahnya memang ada benarnya golongan bermotor yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral,melanggar undang-undang dan membahayakan pengguna jalan raya lain.Namun apa yang dikesali golongan yang berhemah turut merasakan tempiasnya.Hal ini samalah kebenarannya dengan ‘kerna nila setitik rosak susu belanga’.Dalam sesuatu isu sememangnya ada pro dan kontra.Oleh sebab itu keadaan ini seharusnya di perhalusi dan mendapat kerjasama semua pihak.

Berlandaskan pengalaman,penelitian dan pembacaan saya terhadap ruang-ruang sembang di laman internat.Isu ini memang tidak asing lagi.Apatah lagi kadang-kadang mat motor yang berpakaian lengkap turut digelar rempit,bukan sahaja orang dewasa malahan kanak-kanak juga berfikiran sedemikian.Terdapat senario yang mungkin kita sedari atau tidak seperti berikut. ”syuihh jangan bising anak tengok tu si kaki rempit kat sebelah kita ni”kata si bapa kepada anak.Keadaan ini berlaku ketika menunggu traffic light berwarna hijau.Alangkah sedihnya si penunggang motor yang sememangnya berdisiplin di jalan raya.Lebih-lebih lagi suara didengari kerna cermin si pemandu kereta terkuak luas.Disini kita boleh lihat mungkin sekadar bercanda ataupun serius,tapi percayalah impaknya terhadap generasi muda.Minda mereka telah terasuh dan memberi tafsiran mat motor sebagai kaki rempit.

Tambahan pula,amat mendukacitakan terdapat segelintir orang yang berkereta bersikap prejudis terhadap mat motor.Berdasarkan pengalaman lepas saya tidak terkecuali hampir dilanggar kereta.Hal ini berlaku kerna saya memintas sebuah kenderaan dari arah yang sama.Kenderaan tersebut bergerak perlahan.Adakah salah memintas hingga kereta tersebut menambah pecutannya ketika saya memintas.Malahan bucu hadapan kereta seakan dipacu kehadapan motorsikal.Hampir-hampir saya menjunam ke semak samun.Saya perlahankan motor dan membiarkannya pergi untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham.Sungguh mendukacitakan pemandu kenderaan sebegini tidak berhemah dan menghormati penunggang motorsikal.

Bersyukur kita kepada pihak berkuasa yang melakukan pantauan.Diharap keadaan ini akan menepis persepsi negatif terhadap penunggang motorsikal.Sesungguhnya ada juga golongan kaki motor yang banyak terlibat dengan kesalahan trafik.Golongan ini salah satu faktor domain yang menyumbang kepada tafsiran negatif masyarakat terhadap mat motor yang berhemah.

Tambahan pula,pada rigid yang lain keadaan ini turut disumbang sikap kurang prihatin segelintir ibu bapa yang bersikap acuh tak acuh terhadap anak-anak mereka.Adakah mempunyai lesen atau memakai helmet atau tidak dan sebagainya tidak dipedulikan.Lebih-lebih lagi aktiviti luar mereka tidak dipantau.Implikasinya memberi kesukaran terhadap anak mereka sendiri jika ditahan pihak penguatkuasa.Apatah lagi turut membebankan golongan berkenderaan seperti kereta jika dilanggar motorsikal.Kereta kemik ,penunggang motor cedera.Apabila disiasat penuggang motor salah tidak lihat kanan kiri,tak pasang signal,tak pakai helmet dan tiada lesen memandu.Mungkin jua atas dasar kasihan pemandu kenderaan tidak mengenakan sebarang gantirugi terhadap penunggang motorsikal.Namun natijahnya kesukaran kita dapat lihat lebih berat ke atas pemandu kenderaan tersebut.

Oleh yang demikian,sesungguhnya golongan mat motor,yang berkereta dan masyarakat haruslah lebih dinamik,rasional dan berhemah dalam mentafsir dan melakukan suatu perkara.Semoga diharap golongan mat motor tidak dipandang negatif secara total kerna mereka jua insan yang ingin dihormati sebagaimana pengguna jalan raya yang lain.insyaAllah.


* Petikan surat has d pujangga untuk ruangan majalah...harap2 disiarkan.amin ~~~has d pujangga

No comments:

Post a Comment