Wednesday, January 13, 2010

KOMENTAR CHIKUNGUNYA

Apa Yang Perlu Anda Tahu Pasal Chikungunya.

Mungkin banyak antara kita yang masih kabur mengenai penyakit ini bukan.Pada Secebis Ruang Pujangga akan membicarakan serba sedikit mengenai penyakit ini.Universalnya penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang berkait secara langsung dengan kesihatan awam.

Penyakit ini pada asalnya ditemui di tanzania Afrika pada tahun 1952. “Chikungunya” adalah berasal daripada bahasa Swahili iaitu bermaksud melengkung ke atas.Hal inimerujuk kepada kesakit yang dialami pesakit hingga menyebabkan bahagian badannya melengkung ke atas.

Di Malaysia wabak chikungu dikesan pada tahun 1999.Wabak chikungu waktu itu melibatkan seramai 27 orang.Kesemua mereka adalah pendatang asing.Secara analitikalnya chikungu adalah penyakit yang mirip dan mempunyai simptom yang hampir sama dengan Demam Denggi.Apatah lagi agen penyakit bagi penyakit ini adalah vektor nyamuk samada Aedes Aegypti mahupun Aedes Albopictus.

Selain itu,apa yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini adalah tidak mempunyai sebarang rawatan khusus.Rawatan adalah berbentuk simptomatik iaitu bersifat sokongan yang melegakan gejala-gejala sedia ada.

Sehubungan itu,berwaspadalah…yakini usaha kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.Bekerjasama membentuk warga 1 Malaysia melalui penjagaan kebersihan dan pencegahan yang mapan dan jitu.Cegahlah penyakit ini melalui usaha tidur menggunakan kelambu,memakai baju panjang lengan dan berseluar terutama waktu puncak vektor nyamuk berterbangan ( awal pagi hingga senja),memakai racun nyamuk dan sebagainya yang dirasakan perlu……..semoga usaha kita menuju ke tahun 2020 turut mencakupi kejayaan dalam aspek kesihatan rakyat yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment