Monday, August 16, 2010

Ramadhan Kami Dambamu




Tika diri menyusur hari
tak sangka hati akan mencari
dambaan puasa untuk diisi
dengan amalan mulia sunnah nabi

Rasa indah kala petang
hirup udara segar yang takkan hilang
mari kita masak ikan panggang
untuk juadah berbuka petang

Nampak pelancong kala berjalan
jangan dipandang bernafsu syaitan
rosak puasa pahala kurang
nanti menyesaltak berkesudahan

Kerja dibuat tak kira waktu
ada kala diburu rindu
untuk berbuka bersama kamu
namun perjuangan ini harus dipandu

Pelbagai karenah ikan di air
meliuk ke atas dolphin di laut
sudah jatuh cinta aku padamu
jangan diragu pengorbanan ku

Terdengar lantang suara azan
menanda waktu solat mendatang
mari kita tunaikan sembahyang
pada Allah tuhan yang satu


akan bersambung........

~~ has d pujangga

No comments:

Post a Comment