Thursday, August 19, 2010

Berani Kerna Benar Takut Kerna Salah







Lembaran Pujangga kali ini menyingkap kembali kata hikmat yang sering dilaungkan para nasionalis kita "Berani kerna benar,takut kerna salah".Ingat perjuangan rentap...yang dikenali sebagai pengoncang dunia,Mat Salleh pahlawan Sabah atau pun Tok Janggut pejuangan Kelantan.

Hari Kebangsaan bakal menjelma,hari yang menyimpan seribu kenangan suka dan duka kebangkitan negara.Kita pernah dengar kata-kata bahawa semangat itu bukan terletak pada kibaran bendera.Memang betul namun itu bukanlah dijadikan alasan untuk kita tidak melakukan sedemikian.Bagaimana kita menyerap semangat kebangsaan,jangan hanya sekadar manis bicara namun semuanya hampa.

Mengutarakan persoalan utama 'berani kerna benar takut kerna salah' inilah sebenarnya yang kita perlu tekankan dalam amalan seharian.Beranilah menegur sesuatu kesalahan dalam kalangan masyarakat kita.Sungguh mendukacitakan kini terdapat pelbagai permasalahan yang seolah-olah menjadi nanah dalam kehidupan kita.

Masalah pembuangan bayi menjadi hiasan di dada-dada akhbar.Isu keruntuhan akhlak dan penyalahgunaan kuasa.Isu yang tidak berkesudahan ini tidak mustahil akan menjadi barah jika kita tidak berfikir secara proaktif dan keluar daripada pemikiran jumud yang membelenggu kehidupan kita selama ini.Janganlah takut untuk menegur sesiapa yang kita rasakan menimbulkan keraguan.Namun puncak utama yang harus ada pada penegur adalah persiapan diri...bukti dan hujah yang diterima akal...

Sekian coretan hari ini...bakal menyusul ulasan lanjut hal ini...InsyaAllah.....sekian...

~~~has d pujangga ~~~

No comments:

Post a Comment