Sunday, August 22, 2010

Nyaris-nyaris



Daku hari ini (22/08/2010) memancing di suatu tempat iaitu kawasan yang berdekatan dengan jalan raya menuju ke Daerah Tawau.Kawasan ini adalah dalam lingkungan Daerah Semporna dan berdekatan dengan Sekolah Kubang Pinang.Anggaran 15 minit perjalanan menggunakan 'kuda merah' ku .Strategik tempat ini...rasanya seakan muara.Mata saya memandang ke seberang ada beberapa pemuda dan perempuan,suami isteri agaknya.Alangkah bagus suasana ini...kalau ada aktiviti camping bersama famili atau perkelahan sambil memancing pasti seronok.

Beberapa keping gambar telah saya ambil untuk rujukan dan saja-saja.Nampak tak 'best' kat tepi kalau memancing.Sebelum tu 'buah hati' 'call' amin..seronok berbual..memang fleksibel le satu lempar joran..dan satu tangan lagi pegang 'Sony Ericson ku'.Topik perbincangan biar Pujangga rahsiakan,,,hhehehe..errrm kemas barang menuju ke gigi air nun sebelah kanan.Entah mengapa berani betul saya bawa 'kuda merah' berdekatan dengan tepi air.Masuk semak samun dan turun bukit lagak Motocross...tup tap joran dilayangkan,koyan pun saya pasang pemberat.Heran tiada yang 'mengurat' umpan.hahahahah lama juga saya duduk.

Tiba-tiba 'dush!!!' ku paling ke belakang huu ^8^ kuda merah jatuh...helmet masuk air terapung...nasib 'pouch'tak berenang...kelam kabut daku ambil tu 'helmet'..kata orang terus terjun....basah badan..opsssssss!! dalam pula kat kaki ni.....huhu....cepat-cepat saya naik..dan dengan pantas ambil joran untuk mengambil 'helmet'.........nyaris-nyaris hari ini kuda merah berenang.

Syukur Alhamdulillah selamat hari ini.......kembara memancing akan diteruskan InsyaAllah...

~~ has d pujangga ~~

2 comments:

  1. Lan... bila lagi turun Tawau?? klu hujung minggu datang la p Tawau, tidur d rumah ku pun boleh.. memancing nanti kita sama2 Lan.. haha

    ReplyDelete
  2. bulih bah....nanti ku atur ku urus dulu keja2 sempolna ni..na bisa ging........mancing kita

    ReplyDelete