Monday, August 23, 2010

Masa Lalu





Dulu kamu didukung mesra
tiada rasa lelah
cuma gembira menitik rasa
kerna kamulah cahaya mata
yang bakal menerangi keluarga

Dulu kamu dididik sempurna
dengan titipan ilmu agama
tak jua kurang diberi sekolah
untuk kamu bisa merasa
hidup senang di suatu masa

Dulu kamu diajar bertanya
tak kira di sekolah mahupun rumah
gusar kamu dipandang hina
sesat jalan tak rajin bertanya
itulah dia pengorbanan mereka

Dulu kamu menangis sahaja
kerna tak dibeli mainan suka
bukan sekali menolak pinta
cuma sederhana sara keluarga

Dulu kamu sering bermanja
pada emak mengadu rasa
bila kini dikau dewasa
dikari diri harus ditatah

Dulu kamu pernah berkata
akan sentiasa membalas jasa
ingati famili walau dimana
kerna itulah masa kita
untuk melihat mereka gembira
hasil jaya anak tercinta


oleh: ~~~has d pujangga~~~

No comments:

Post a Comment