Tuesday, January 5, 2010

sembang semasa ( lawakku tak kering gusi )

Duduk bercerita di kedai kopi
mamak roti canai melambung roti
kalau nak rasa sedapnya kari
biar bersama teh tarik sekali

Asyik duduk melayan di kedai kopi
terlihat gadis tak senang hati
mungkin rasa nak cuba dekati
hajat terbantut rupanya dah berlaki

Derapan kaki nak bayar juadah tadi
langkah terhenti tangan tercari-cari
saku baju, seluar habis diselongkari
rupanya tinggal di pejabat waktu tengahari

Rasa terpinga tak keruan jadi
macam nak melompat tapi kejang kaki
ku ucap maaf tapi fikiran melayang ke sana sini
tak mau cuci pinggan jatuh maruah diri

Terasa harum semerbak wangi
gadis tadi muncul lagi
wang dihulur hutang dilunasi
rupanya dia gadis misteri tadi
muncul waktu emergency ku ini

Rasa nak pitam lihat wajah berseri
matanya biru bak orang putih
dihulur tangan nak berjabat pada ku ini
terketar-ketar rasa nak lari

Bila berkenalan baru ku sedari
Insan ini belum berlaki
tadi duduk dengannya abang sendiri
duduk bekerja di syarikat sendiri.

Rasa bahagia hubungan suci
terjalin mesra di kedai kopi
akan ku simpan hingga kini
sambil menunggu menyunting puteri ku ini.

oleh: pujangga ( has d pujangga)


No comments:

Post a Comment