Tuesday, January 19, 2010

Benar TerkaanKu

Mimpi kelmarin seakan nyata
setelah sekian lama ia bertandang di sudut hati ku damba
namun apa ertinya
hanya kelukaan masih menyala

Mimpi kelmarin seakan menduga
sejauhmana dalamnya cinta
yang banyak memberiku sengsara
sehingga ku hampir lupakan dunia

Mimpi kelmarin amat siksa
walau daku masih cuba mengintai dari kamar jendela
yang telah ku tutup untuknya
kerna ku tak mahu membuka
1 kedukaan yang tiada penghujungnya
dan langsung tiada logika

Mimpi kelmarin mungkin indah
dan nyata hari ini amat serupa
senyuman dan wajah yang telah lama bertaut di minda
kini ku tau siapa gerangannya
hanya cuma sebuah diari lama
yang tak mungkin ku rujuk semula
dalam pelayaran hidup ku
bergelar kembara.........

oleh: Has D Pujangga

No comments:

Post a Comment