Wednesday, March 7, 2012

Merenung kembali sinar pagi yang memancar terik dari sudut jendela kamar.Belakangan ini ujian telah menerpa dan membuatkan saya seolah-olah berada dalam dilema dan kompas hidup seakan-akan bergetar sebentar.Kerjaya yang tercipta teruji akibat galuran hidup yang digoncang oleh insan bernama majikan.Adakah kerna sikap kita yang selalu diam terus menjadikan ambisinya menjadi seakan raksasa yang tidak memberi ruang dan kuang kita menyuarakan kebenaran. Diam bukan bermakna kelesuan,diam juga menyatakan bahawa saya insan yang punya hati dan perasaan dan bukanya hampa seperti angin yang bisa dikau tiup sesuka hatimu.Errm lembaran hidup di tahun ini adalah terindah buat insan yang mencoretkan catitan ini kerna inilah masa untuk diakhirkan zaman bujang.InsyaAllah...walaupun kerjaya ini seakan mengukir sinis...namun bukan bermakna daku mengabai apa yang dipertanggungjawabkan...kerna daku bukan kerja kerna 'orang itu' tapi kepada kerajaan...kerna hasil gaji yang diterima.........

Tuesday, February 28, 2012

Penat betul hari ni...balik kerja dimana tiada rehat sedikitpun sekitar jam 12:30 PM hinggalah 4:10 PM,entahlah susah juga nak dikata.Balik kerja lantas ku capai kereta dan motorsikal untuk dicuci.Membersihkan kesan gam 'side mirror' pada dinding kereta memang amat payah apatah lagi gam yang digunakan tu gam gajah.Ermmm ku capai basikal separuh shimanoku untuk mengeluarkan peluh yang sekian lama memendam.Rpm basikal saya nampaknya sudah berkeadaan baik,baik juga alat yang saya beli melalui internat ni. Mengapa amat payah memikirkan soal kehidupan,mengapa harus wujud keadaan dimana amat sulit untuk permohonan pindah bakal isteri dan cabaran staf-staf yang senantiasa mengumpat rakan kerja lain.Ya Allah hamba memohon pertolonganMu

Tuesday, February 21, 2012

Duduk bersantai melihat gemulung ombak di lautan.Hari ini saya berjaya mendapat pengesahan majikan untuk sokongan bakal isteri berpindah.Alhamdulillah semoga usaha kami berdua membuahkan hasil.Seronok juga tatkala petang begini melihat suasana pantai.Tenteram dan sesekali ingin jua merakamkannya dengan kamera Olympus saya.....

Monday, February 20, 2012

ermm baru beli basikal hari ini...teringat masa dulu....bedanya hari ini...basikal ini digunakan untuk santai jer....atau masuk kebun abang saya nun disana.Lama sudah tidak merasa keringat yang betul-betul basah seluruh badan.Sebelum ni asyik 'bertukang' perbaiki motor yamaha125z dan kereta saja.Kala tulis ni tiba-tiba teringat pula tunang saya....byby betul-betul tak sabar masjid kita teguh terbina....ermmm berbalik kepada basikal baru ni..saya baru je mengambilnya secara tunai di kedai basikal Lahad Datu...semoga saya senantiasa selamat menggunakan alat riadah ini.Amin
Sedih,Pilu,Risau dan bersyukur.....daku betul-betul teruji hari ini.Terlibat kemalangan di jalan raya.Syukur alhamdulillah dia selamat dan saya selamat..cuma kereta saya kemik besi bahagian dalam bumper...ermm ujian betul.Tatkala ini saya merasakan trauma amat sangat.Dinda ...kanda cintakan kamu ....kanda merinduimu....kanda ingin membina masjid bersamamu.Marilah bersama-sama mengharungi badai hidup.......ermmm rasa letih kepala ni,,kenapa ya.......... Lain cerita hari ini...macam suram semacam,adakah kerana musibah ini.Mendengar nasihat orang tua saya tadi petang melegakan sedikit perasaan saya yang sedang kecamuk....Ya Allah lindungilah hambaMu yang hina ini......Amin....

Saturday, February 18, 2012

Hari ini daku betul-betul rindukan dinda... menunggu saat diijabkabulkan dan membina satu kehidupan bahagia.. Pertemuan pertama buat daku tak lena semoga kita akan bersama buat selamanya Pagi ni saya baca artikel berkaitan penemuan kapal nabi nuh,sesungguhnya sudah nyata tiap-tiap yang berlaku dalam al-Quran akan diperlihatkan kini.Insaf melihat keadaan sebegini,semoga kita akan sentiasa dibimbingNya dan diampunkan segala dosa.Ya Allah Ya Tuhanku.Penemuan Kota Atlantis masih dalam kajian dan lokasinya masih cuba dikesan sehingga kini.Benarkah kota ini mempunyai teknologi yang tinggi dalam peradaban manusia???sewaktu sekolah menengah dulu saya pernah terbaca mengenai buku berkaitan keajaiban dunia,ermmm...terlupa sudah tajuknya...ada 1 petikan yang berkaitan tenggelamnya Atlantis akibat dilanda banjir besar..dan saat tengggelamnya atlantis munculnya 1 kapal besar yang membawa pelbagai binatang ( wallahualam )hanya tuhan saja yang tahu.

Friday, February 17, 2012

Ermm...Penat betul hari ni....kerja di kawasan ladang...erm penyakit punya pasal.Entahlah sejak dua menjak ni banyak betul tekanan....tp pujangga mau anggap itu sebagai 'kacang' je...lama sudah tak jumpa dinda....rindu bangat ( loghat indon ).Skirt kereta pecah tadi terlanggar sawit....hurm teruk juga orang angkat sawit ni.....jatuh sawit tak diletak dekat tepi jalan....dan kesudahanya orang macam saya yang terlanggar.....

Wednesday, February 15, 2012

Semalam adalah hari yang penuh cabaran,teringat kembali tatkala pujangga bekerja di Semporna.Berkomunikasi dengan penduduk kampung Tambisan untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan.Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Hanya tinggal 1 lokaliti yang perlu diselesaikan hari ini. Ermmm kenapalah asyik-asyik hanya saya yang dipersoalkan..erm apalah nasib dah seorang aje yang berjuang di daerah tercinta ini saya pula yang diperbudakkan.Adakah mereka di luar sana yang bernama majikan mempunyai sifat suka menekan para kakitangan.Lahad Datu - Tungku bukannya dekat, kos minyak lagi...kerja yang belum selesai lagi kalau terpaksa dipanggil....ooooo macam-macam rencah dunia hari ini daku teruskan kerja ke tambisan laut.....semalam baca ebook...kasihan my love terpaksa bersengkang mata menyiapkan kerja.Harap-harap bersabar dinda yang berada nun disana.Kanda sering doakan keselesaan dan kebahagiaan kita ........

Tuesday, February 14, 2012

Buat Kerja Bah Kita !!!

Hari ini pujangga pergi ke Tambisan melaksanakan kerja disana.Semoga semuanya berjalan lancar..ehehe bekalan makanan dan minuman pun ada juga.Faham-faham je lah perjalanan jauh.Kita berpanas ke berhujan ke yang penting kerja dilaksanakan.Kerja kerna gaji yang diberi Kementerian bukannya kerja yang dibagi gaji oleh majikan. Ermm kanda harap dinda hari ini nun disana sihat-sihat aja....semoga perhubungan ini terus mekar bak bunga yang merimbun tatkala pagi ini yang disirami titisan embun dan disinari sang mentari.Hal lain erm tahun ni mcm tak berdiari pula saya..terlupa beli...errm wadah blog sebeginilah sebahagian diari kehidupan saya...Pujangga ingin kembali menyulam jaring kehidupan...InsyaAllah... Semalam ada berbincang seketika dengan abg di UK..best juga seperti dia dapat merantau dan menimba ilmu di negara orang.Semoga Allah sentiasa memberkati perjalanan hidupnya.Adikmu disini mendoakan semoga sihat dan sukses selalu.Sesungguhnya dulu pujangga mengimpikan sebegitu namun tidak kesampaian.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.Ya Allah hamba bersyukur atas nikmatmu yang hamba kecapi kini...berikanlah kami semua kebahagiaan seperti hambaMu yang terdahulu.AMIN......

Sunday, February 12, 2012

Ujian Dan Dugaan yang Meruntun Alam Kerja

- errmmm...rasa lain sedikit hari ini....hari pertama...namun hari ini untuk diorang membingit suasana menegur saya...yang kadang kala hilang pertimbangan menelusuri arus kehidupan.Majikan kini semakin lantang untuk menghambur kata.Penat lelah seharian kerja bagai air yang dicurah,tidak dipeduli walau seketika.Inikah kerja setelah saya penat untuk meraih diploma.Daku rasa terlampau diperlekehkan.

inikah usia...makin dewasa makin diperbudakkan....makin lama makin ditekan....dan makin jauh berkhidmat....makin kita diperbolakan......wahai sang majikan...moga Allah memberimu hidayah.....moga juga dikau rasa kami bukan meminta gaji darimu...namun kami bekerja dan dibayar gaji oleh negara......

Terima kasih,saya nak cari kerja lain...InsyaAllah !!

Wednesday, January 4, 2012

Berkati Perjalanan Ini Ya Allah

Lama daku tidak menekan punat bicara pujangga,ada sedikit terasing.Namun perasaan ini masih membentak untuk terus mencurahkan perjalanan hidup.

Kini daku sudah berada di daerah sendiri,bertugas di sini dan mungkin membina 'masjid' di sini.Kekadang perasaan ini seakan diterpa emosi tidak stabil kesan perubahan suasana kerja yang kian mencengkam.Beralih dari daerah kepulauan ke daerah kini seakan menguji kesabaran dan pengalaman hidup.Daku tidak tahu mengapa ini semua terjadi.

Insiden kemalangan terus berbalam menerpa di tahun 2011,2x kemalangan motorsikal dan 3 x kemalangan yang membabitkan kereta persendirian sama ada angkara insan barangkali dan juga faktor binatang liar jalanan.

Tahun 2011 terlalu banyak kepahitan,adakah kepahitan ini adalah yang tercipta akibat kesilapan diri...............Ya Allah Yang Maha Besar dan Maha Kuasa....................